Pray for MH17 & Pray for Gaza

Assalamualaikum
 
Hari ni dah masuk hari ke-21 umat Islam berpuasa. Tahun ni jgk Negara kita Malaysia telah ditimpa macam2 musibah. Ramadhan kali ni jgk, saudara Islam kita di Gaza turut berada dalam kesusahan angkara kekejaman zionis.
 
Semalam kita mendapat berita tentang kejadian MH17 yang telah ditembak ketika dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
 
Baru dapat berita pagi semalam time datang kerja, maklumlah x berapa tgk tv sgt. Bila sampai ofis bkk and baca berita through bharian online and mymetro online, terus istifar panjang2. Kasihan dengan nasib penumpang2 berkenaan yang tidak bersalah menjadi mangsa. Tak sanggup tgk video2 berkenaan. Tgk kepada bangkai pesawat sahaja, peluang dan harapan untuk segelintir mangsa hidup adalah tipis. Melain ada keajaiban daripada yang Maha Pencipta Allah S.W.T.
 
Kita sebagai umat Islam, sama2 lah kita berdoa supaya roh mereka tenang disana berjumpa yang Maha Esa. Doakan juga semoga ahli keluarga mereka tabah menerima dugaan yang besar ini. Bayangkan lah jikalau perkara sedemikian berlaku kepada keluarga kita. Tentu x sanggup kan? 
 
Ujian daripada Allah S.W.T hebat sungguh. Ada hikmah yang berlaku disebalik semua ini.
 
Buat saudara Islam kita di Gaza, titipkanlah doa buat mereka. Moga mereka juga tabah menghadapi dugaan yang lagi besar mereka terima. Amin.
 

Gambar sumber dari google
 
Lots of love by TheTiramisuLovers

No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for drop by here...
http://thetiramisulovers.blogspot.com/

Lots of love by TheTiramisuLovers :)